Kanak-kanak 10 tahun korban Covid-19 di Sarawak, 483 kes baharu

KUCHING: Kadar jangkitan kes Covid-19 di Sarawak terus meningkat apabila sebanyak 483 kes dilaporkan hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, peningkatan tersebut menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 258,895 kes.

“Daripada jumlah tersebut, 246 kes adalah kategori 1, 231 kes dalam kategori 2 dan enam kes lain melibatkan kategori 3, 4 dan 5.

“Sementara itu, Daerah Kuching masih mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 173 kes, diikuti Miri (91), Sibu (80), Bintulu (27), Kapit (20), Matu (16), Mukah (11), Limbang (9), Sarikei (7), Kanowit (7) dan Betong (7).

“Manakala lima kes di Lawas, Samarahan (4), Song (4), Tanjung Manis (4), Dalat (4), Daro (3), Serian (2), Subis (2), Simunjan (2) dan masing-masing satu kes di Saratok, Sri Aman dan Sebauh,”katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah JPBN, satu kes kematian telah dilaporkan pada 17 Februari 2022 melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Sibu dan jenazah telah dibawa ke Sibu.

JPBN turut melaporkan tiada kluster baharu diisytiharkan manakala kluster masih aktif kekal tiga.

Suara Sarawak