DALAM KENANGAN…Tan Sri Abang Khalid.

KUCHING: Dunia sukan Sarawak kehilangan seorang tokoh pemimpin berkarisma dengan pemergian Tan Sri Abang Khalid Marzuki, 74.

Allahyarham merupakan Presiden Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS) dari tahun 2015 sehingga sekarang.

Timbalan Presiden PSS, Datuk Ismail Abang Saufi menzahir rasa sedih dengan pemergian Allahyarham.

“Satu kehilangan besar bagi dunia sukan Sarawak terutama sepak takraw.

“Allahyarham seorang pemimpin sukan yang komited. Banyak perubahan berlaku sejak beliau menerajui kepimpinan PSS,” ujar Datuk Ismail kepada Arena Suara Sarawak.

Sambil menyifatkan Allahyarham sebagai bapa pembangunan sukan sepak takraw di Sarawak pada alaf ini.

Jenazah akan diuruskan dan dibawa pulang ke kediamannya di Jalan Muda Hashim di sini sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang lewat petang ini.

Suara Sarawak