Kerjasama bangunkan sukan bola sepak Sarawak

KUCHING: Usaha untuk terus memperkasakan pembangunan sukan bola sepak Sarawak berada pada landasan yang tepat.

Ia berikutan adanya kerjasama antara tiga badan induk iaitu Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Sarawak United FC (SU FC) dan Kuching City FC (KC FC) menerusi Memorandum Perjanjian (MoA) yang telah dimeterai.

Menteri Belia Sukan Dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pendekatan yang tepat dilakukan itu tepat sebagai penanda aras untuk memastikan program yang akan dilaksana selepas ini berjalan lancar.

“Diharap pada tahun ini kita akan dapat melihat perkembangan yang lebih baik dan kondusif bagi program sukan tersebut melalui inisiatif-inisiatif yang bakal dilaksanakan hasil daripada perjanjian yang dibuat.

“Dengan adanya MoA ini, ia akan membuka lembaran baharu yang amat bermakna bukan sahaja dalam konteks bola sepak, tetapi lebih menjurus kepada kolaborasi strategik bagi manfaat belia di wilayah Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani MOA antara SSC, SU FC dan KC FC di salah sebuah hotel terkemuka di sini, pagi tadi.

Pada majlis tersebut SSC diwakili Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Semawi Mohammad.

Manakala SU FC dan KC FC pula diwakili Pengerusi masing-masing iaitu Mohd. Saif Jubaidi dan Fazzrudin Abdul Rahman.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak