Ketua Menteri Sarawak kini bergelar Premier

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak kini bergelar ‘Premier’ dan Menteri Muda menjadi Timbalan Menteri, apabila Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan), 2022 diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Ia selepas usul itu menerima sokongan daripada 67 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) manakala enam Adun pembangkang membantah dan empat lagi Adun tidak hadir.

RUU berkenaan dibentangkan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah sempena persidangan DUN, sebelum dibahaskan oleh beberapa Adun dari pihak kerajaan dan pembangkang.

Namun buat masa ini, istilah ‘Premier’ yang sesuai dalam bahasa kebangsaan bagi jawatan pemimpin nombor satu Sarawak itu belum lagi diputuskan.

Suara Sarawak