Penyelaras Akademi Penyelaras Akademi Pengajian Bahasa dan Pusat Transformasi Komuniti (UCTC)  Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Cawangan Sarawak Dr Azlina Bujang

BELADIN: Kurang jaringan telekomunikasi serta penguasaan bahasa Inggeris antara masalah yang dihadapi penduduk  khususnya di kawasan pedalaman Beting Maro.

Namun masalah disebut-sebutkan itu tidak mematahkan semangat untuk belajar dalam pembangunan penggunaan media sosial yang kini menjadi salah satu medium penting sebagai perantara komunikasi jarak jauh dalam kehidupan seharian.

Penyelaras Akademi Penyelaras Akademi Pengajian Bahasa dan Pusat Transformasi Komuniti (UCTC)  Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Cawangan Sarawak Dr Azlina Bujang berkata, beliau melihat penduduk kampung mempunyai semangat belajar bahasa Inggeris.

“Ini membuat kami bersemangat untuk mengajar,” katanya mengenai penerimaan peserta yang menghadiri Bengkel Penggunaan bahasa Inggeris dalam Program Jom Berambeh yang berlangsung di Masjid Al Amin Kampung Beladin, pada Sabtu.

Menceritakan antara cabaran dihadapi tenaga pengajar menjelang bengkel, kebanyakan peserta kurang yakin serta malu berhadapan dengan orang awam.

“Kami beranggapan mereka kurang pendedahan bagaimana menggunakan teknologi media sosial dengan sebaik-baiknya dan kurang pengetahuan bahasa Inggeris. “Berdasarkan pemerhatian kebanyakan mereka kurang keyakinan diri dan juga malu pada hari pertama bengkel diadakan.

“Jadi dengan menganjurkan program seumpama ini, diharapkan agar mereka terdedah bagaimana untuk menghasilkan frasa yang boleh digunakan sebagai bahan muat naik di laman Facebook dan sebagainya,” ulasnya.

Tambahnya, kerjasama baik diberikan oleh komuniti kampung jelas menjadikan bengkel perkongsian pengetahuan kepada golongan belia dan wanita berjalan lancar.

Dr Azlina mengharapkan usaha tersebut dapat diteruskan pada masa akan datang dengan kolaborasi ramai bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta agensi bukan saja di kawasan ini malah di pedalaman lain.

Beliau turut menggesa agar semua ahli akedemia insitut pengajian tinggi atau agensi berkaitan berganding bahu membantu komuniti luar bandar.

Terdahulu, seramai 60 peserta mengikuti bengkel penggunaan bahasa Inggeris dan 20 peserta hadir berentap dalam pertandingan memasak masakan resepi tradisi yang terdiri dari warga Kampung Beladin, Sepinang dan Semarang.

Suara Sarawak