Kamara import ketiga KC FC

KUCHING: Bintang penyerang kebangsaan Liberia, Abu Kamara, 25 sah menyarung jersi pasukan Kuching City FC (KC FC).

Beliau merupakan pemain import ketiga untuk The City Boys musim ini selain Aylton Ferreira Ananias (Brazil/Pertahanan) dan Yuki Tanigawa (Jepun/Pertahanan).

Ketua Pegawai Eksekutif KC FC, Iswandi Ali Hassan berkata pemain yang berketinggjan 1.82 sentimeter itu telahpun menandatangani kontrak bersama KC FC untuk semusim, hari ini.

“Dia (Abu Kamara) pemain import ketiga kami musim ini dan sudah menandatangani kontrak pagi tadi,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Justeru, beliau amat berharap kehadiran Abu Kamara akan dapat menambah sengat di bahagian serangan untuk skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim dalam mengharungi kempen Liga Premier 2022.

Untuk rekod, Abu Kamara pernah beraksi di Liga Laos, Kosovo, Slovenia dan Macedonia Utara.

Suara Sarawak