SETIAUSAHA…Alfred Ak Kendim

KUCHING: Keceriaan menyelubungi pemain yang menyertai Liga Sri Aman 2021 apabila kejohanan berprestij itu disambung pada bulan depan.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Bahagian Sri Aman (FASA), Alfred Kendim memberitahu, hasil mesyuarat bersama pengurus semua pasukan terlibat memuktamadkan bahawa saingan liga berkenaan disambung semula pada 12 Mac depan.

“Mesyuarat yang diadakan pada hujung minggu telah mencapai persetujuan tersebut lalu,” kata Alfred kepada Arena Suara Sarawak.

Menurutnya, sedikit perubahan berlaku ketika ini susulan salah satu pasukan iaitu Cyber Crocs terpaksa menarik diri ekoran masalah yang tidak dapat dielakkan.

“Maka hanya lapan sahaja pasukan akan berentap.

“Antaranya, Azam FC, Japsa FC, Rimong Croc United, PC United dan Merpati Team (Kumpulan A).

” Manakala, tiga lagi pasukan dari Kumpulan B ialah Datus United, The Cops FC dan Englant FC,” tambahnya.

Suara Sarawak