KUCHING: Dunia bola sepak Sarawak kehilangan tokoh pemimpin berkredibiliti dengan pemergian bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Kuching (KDFA), Rakawi Ibrahim, 73.

Allahyarham yang pernah menerajui tampuk kepimpinan badan induk berkenaan era 80-an disahkan meninggal dunia pada jam 9 pagi tadi di kediamannya akibat sakit tua.

Timbalan Presiden KDFA, Kamaluddin Akil menyifatkan pemergian Allahyarham amat dirasai.

“Kita kehilangan seorang pemimpin bola sepak yang berpengalaman.

“Beberapa kejayaan pernah dikecapi Bahagian Kuching sepanjang KDFA dibawah kepimpinannya terutama di pentas Piala Sarawak,” ujar Kamaluddin kepada Arena Suara Sarawak.

Suara Sarawak