KUCHING: Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah jenis ganja dalam satu serbuan di Tabuan Jaya, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, bertindak atas maklumat kedua suspek berumur 21 ditahan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching kira-kira jam 10 malam.

Katanya, dadah disyaki ganja yang dirampas dianggarkan seberat 204 gram bernilai RM2,800

“Kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis ganja,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata kedua-dua suspek tiada rekod lampau.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau dalam pada itu mengalu-alukan maklumat orang awam berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah.

Sebuah motosikal turut dirampas oleh pasukan operasi.
RAMPAS… Dadah jenis ganja dianggarkan seberat 204 gram bernilai Rm2,800 yang dirampas.

Suara Sarawak