KUCHING: Pengurus Sarawak United FC III (SU FC III), Nazri Ahmad Lai berpuas hati dengan perkembangan semasa prestasi pemainnya.

Menurutnya, ia dengan mengambil kira apa yang telah dipamerkan pada beberapa siri perlawanan persahabatan sebelum ini.

Sekali gus, mengharap perkembangan positif tersebut dapat menjadi penanda aras sebenar dan diterjemah pada aksi sebenar kempen Piala Belia 2022.

“Prestasi semasa para pemain menunjukkan perkembangan yang cukup bagus. Diharap ia dapat diterjemah pada aksi sebenar kelak,” ujar Nazri ketika ditemui Arena Suara Sarawak.

Skuad kendalian legenda Ngap Sayot (Pengiran Bala) itu bakal memulakan saingan menentang Kuching City FC III (KC FC III) di Stadium Sarawak, Petra Jaya pada 23 Februari ini.

Setakat ini, SU FC III telah mengharungi tiga aksi persahabatan, menentang kelab Projek Park, Bintulu yang menyaksikan mereka mencatat kemenangan (1-0).

Selain mencatat keputusan seri (1-1) menentang KC FC II dan SU FC II.

SEMAKIN MANTAP….Aksi pemain SU FC III (kanan) ketika perlawanan menentang SU FC II Khamis lalu. – FOTO RAMIDI SUBARI

Suara Sarawak