KUCHING: Sebanyak 75 kompaun dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuching dalam Operasi Pematuhan SOP yang dilaksanakan pada 1 hingga 8 Febuari lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, jumlah keseluruhan hasil kompaun tersebut bernilai RM75,000.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 36 lelaki dan 39 perempuan dikenakan denda dengan nilai kompaun sebanyak RM64,000.

“Manakala, kompaun turut dikeluarkan ke atas 11 premis dengan nilai sebanyak RM11,000,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, kesalahan yang paling banyak dilakukan sepanjang minggu lepas adalah kegagalan untuk memastikan pekerja atau individu mendaftar menggunakan aplikasi Mysejahtera.

Mengulas lanjut, kompaun dikeluarkan atas kesalahan di bawah peraturan 17(1) dan 17(2) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (LLDKTJ), Pelan Pemulihan Negara (PPN) 2021.

Justeru, beliau memberi peringatan kepada masyarakat agar terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan demi kebaikan bersama.

Suara Sarawak