1) TAHAN… suspek, 32, ditahan di bilik dadah ditemui. (2) BAHAYA… Dadah disyaki jenis Methamphetamine seberat 0.28 gram dianggarkan bernilai RM30

BAU: Seorang lelaki berusia 32 tahun diberkas polis selepas disyaki memiliki dadah berbahaya di sebuah rumah di Kampung Skibang, semalam.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, suspek ditahan di bilik kediaman terbabit hasil serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bau kira-kira jam 4 petang.

“Hasil pemeriksaan polis menjumpai sepeket plastik lut sinar berisi ketulan kristal disyaki serbuk Methamphetamine seberat 0.28 gram di atas meja bilik suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Poge, suspek ketika disoal siasat mengaku ada mengambil dadah beberapa hari lalu.

Dedahnya, suspek turut mengaku memperoleh dadah tersebut hasil pemberian temannya.

“Hasil saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah. Manakala tahanan reman terhadap akan dipohon bagi membantu siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya.

Jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau dihukum penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Suara Sarawak