KUCHING: Pelajar A-Level Sekolah Antarabangsa St. Joseph (SJIS) Kuching berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke universiti di Jerman susulan Memorandum (MoU) Persefahaman yang dimeterai dengan Eduroam Sdn Bhd (German Educare) pada 12 Febuari lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SJIS Christopher Chua berkata, sejajar dengan MoU berkenaan mereka juga menawarkan pelajar A-Level dengan German Education Pathway.

“Kami akan memulakan program ini  dengan pengambilan A-Level 2022 – pengambilan Kumpulan A seterusnya pada April yang akan datang iaitu selepas peperiksaan SPM,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, MoU tersebut juga telah ditandatangani oleh Christopher dengan Pengasas Eduroam Gyvinne Koh. Sehubungan itu, Christopher menambah MoU berkenaan juga merupakan program yang mana Educare German akan bekerjasama secara eksklusif dengan SJIS dalam menyediakan program Bahasa Jerman di Sarawak.

PERJANJIAN… Christopher Chua bertukar perjanjian dengan Yvonne Koh.

“German Educare diluluskan oleh pembekal bahasa di Malaysia, mereka juga bekerjasama dengan beberapa kolej di Semenanjung Malaysia menerusi German Education Pathway. “Metodologi mereka terbukti dan juga telah berjaya menempatkan ramai graduan di universiti-universiti di Jerman,” ujarnya.

Menjelas lanjut, secara tradisi pelajar Malaysia apabila ingin melanjutkan pengajian ke luar negara mereka akan melihat negara berbahasa Inggeris seperti Singapura, Australia, New Zealand, Kanada, United Kingdom dan United States tetapi kos pendidikan di negara ini telah meningkat.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, para pendidik telah melihat Jerman sebagai destinasi pendidikan yang berdaya maju, iaitu yuran universiti sangat berpatutan dan terkenal dengan sistem pendidikan tinggi yang cemerlang. “Pada masa ini, yuran pengajian tidak dikenakan terhadap universiti awam Jerman, walaupun untuk pelajar antarabangsa.

Ini, selaras dengan reputasi yang sangat baik dengan  menawarkan ijazah teknikal. Itulah sebabnya Jerman popular destinasi pendidikan untuk pelajar antarabangsa. “Ini akan membolehkan ibu bapa kita membiayai pendidikan tinggi anak-anak mereka.

Oleh itu kami bekerjasama dengan German Educare untuk menyediakan pelajar A-Level kami dengan “German Education Pathway,” jelasnya. Menurutnya lagi, dengan German Education Pathway itu juga para pelajar dapat meluaskan pilihan pendidikan dan kerjaya mereka, sekali gus dapat mempelajari bahasa asing.

“Mereka boleh mendaftar di Universiti Jerman yang terkenal dengan program universiti (terutamanya ijazah teknikal dan kejuruteraan).   “Selepas tamat pengajian, mereka dibenarkan bekerja di Jerman selama beberapa tahun untuk menimba pengalaman,” jelasnya.

Suara Sarawak