Hasidah ketika menghadiri Majlis Penangguhan Seminar Keluarga Rabbani sempena Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak di sini, hari ini.

KUCHING: Kadar penceraian di Sarawak berpunca daripada masalah dadah meningkat sebanyak 10 peratus pada tahun 2021 berbanding tahun sebelumnya.

Walaupun banyak punca lain yang menyebabkan berlakunya penceraian, tetapi jumlah pasangan yang bercerai disebabkan terlibat dengan bahan terlarang tersebut menunjukkan peningkatan terutama dalam kalangan masyarakat Islam.

Menurut Muda Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, perkara tersebut amat membimbangkan kerana dadah dapat mempengaruhi kelestarian institusi kekeluargaan.

“Isu penagihan dadah begitu besar di Sarawak kerana turut melibatkan penceraian, masalah kewangan dan banyak lagi.

“Perkara ini harus ditangani secara holistik bersama-sama oleh semua pihak termasuk Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) serta agensi berkaitan demi masa depan negeri ini,” katanya.

Hasidah yang juga Naib Pengerusi PEMADAM Negeri Sarawak berkata demikian pada Majlis Penangguhan Seminar Keluarga Rabbani sempena Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Suara Sarawak