OPS LUSUH … Menjual barangan terpakai tanpa lesen seorang peniaga dikenakan saman pda Jumaat

MUKAH: Seorang peniaga berusia 50 tahun disaman oleh polis dalam satu pemeriksaan Op Lusuh kerana menjalankan perniagaan barang terpakai tanpa lesen di sebuah premis di Pekan Selangau, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superitenden Muhamad Rizal Alias berkata, sepasukan polis dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) IPD Mukah telah memeriksa permis tersebut sekitar 10.20 pagi dan bertemu dengan seorang lelaki tempatan yang mengaku pemilik permis.

“Hasil pemeriksaan pihak kita mendapati premis tersebut beroperasi tanpa lesen perniagaan barang-barang lusuh dan terpakai yang sah di bawah Akta Peniaga Sekendhend 1946.

“Beberapa keping gambar permis perniagaan telah diambil dan tiada barangan dirampas,” katanya dalam satu kenyataan.

Suspek turut dipanggil ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Mukah untuk disoal siasat.

Kes kini masih dalam siasatan di bawah Seksyen 6 Akta Peniaga Sekendhend 1946 (Akta 189) IPD Mukah.

Jika disabit kesalahan pesalah boleh dihukum di bawah Seksyen 9 akta yang sama yang memperuntukan hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara maksimum setahun.

Suara Sarawak