SUARA BELIA … Royston semasa sesi perbahasan menyokong RUU Perlembangaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 pada persidangan Dun, di Kuching, hari ini.

KUCHING: Pindaan istilah gelaran Ketua Menteri kepada ‘Premier’ dan Menteri Muda kepada Timbalan Menteri merupakan langkah permulaan untuk meletakkan status Sarawak berbeza berbanding negeri lain di Malaysia.

Adun Tellian Royston Valentine berkata, beliau yakin Sarawak harus ke hadapan dengan meletakkan kedudukan negeri ini lebih tinggi selaras dengan hak-hak sebagai rakan kongsi dalam pembentukan negara.

“Penukaran terma ini akan menunjukan Sarawak berbeza dengan negeri-negeri di Semenanjung, selain dilihat mempunyai kuasa yang lebih jika berbanding mereka,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi perbahasan menyokong RUU Perlembangaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun), hari ini.

Jelasnya lagi ia amat bertepatan untuk segera dilaksanakan bersesuaian dengan penguatkuasaan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2022 mengenai isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) secara rasmi pada 11 Februari lalu.

Suara Sarawak