Salihin Den dan Ahmad Johnie Zamawi mempengerusikan Mesyuarat Program Jualan Keluarga Malaysia di sini pada Rabu.

MUKAH: Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) bagi Parlimen Igan dijangka diadakan pada 24 hingga 25 Februari ini bertempat di Long Heng Mini Market Daro.

Majlis perasmian akan disempurnakan Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zamawi.

Ketua Cawangan KPDNHEP Mukah Salihin Den berkata, inisiatif program berkenaan diharap dapat membantu mengurangkan kos sara hidup yang tinggi rakyat.

“Ia membolehkan rakyat memperoleh keperluan asas harian seperti gula, tepung gandum, beras, minyak masak, makanan diproses, telur, sayur-sayuran dan lain-lain lagi dengan harga yang lebih murah berbanding harga pasaran.

“Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan untuk mengunjungi program ini bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang,” katanya.

Terdahulu program berkenaan turut telah diadakan di tempat parkir Pasar Raya Gafu Mukah pada 25 hingga 26 Januari lalu.

Untuk rekod PJKM telah dilancarkan di peringkat nasional pada Disember tahun 2021 dan diteruskan sehingga ke hari ini.

Suara Sarawak