Ahli Majlis Presiden PSB Baru Bian (kanan) dan Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal (kiri) semasa pertemuan baru-baru ini.

KUCHING: Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Warisan merancang membentuk Perikatan Borneo (Bornean Alliance) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.Ahli Majlis Presiden PSB Baru Bian berkata perkara itu telah dibincangkannya menerusi beberapa pertemuan dengan Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal.

“Kita sangat berharap dapat melakukannya. Ia sama ada anda pasukan ketiga atau suatu hari nanti berperanan sebagai dalang politik (kingmaker),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baru berkata adalah penting untuk mengadakan pakatan sedemikian supaya rakyat Sarawak dan Sabah bersama-sama memastikan hak mereka dipandang serius seperti penurunan kuasa kepada kedua-dua negeri.

Menurutnya, Warisan akan mengetuai perikatan itu di Sabah dan PSB memimpinnya di Sarawak.

Suara Sarawak