Anggota bomba memadam kebakaran yang meranapkan sebuah rumah di Kampung Hulu Sri Aman, tengah malam tadi.

SIMANGGANG: Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka di Kampung Hulu Sri Aman musnah dalam kebakaran tengah malam tadi.

Menurut Ketua Bomba dan Penyelamat Sri Aman William Baheng, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira jam 12.18 malam.

Katanya kebakaran dipercayai bermula daripada salah satu bilik tidur.

“Setibanya di lokasi kejadian, rumah berkenaan didapati telah musnah terbakar 100 peratus.

“Kesemua penghuni rumah itu yang berusia 12 hingga 61 tahun juga berjaya menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya pihak bomba memadam kebakaran menggunakan sumber air daripada pili bomba berdekatan dan operasi tamat pada jam 1.30 pagi.

Kebakaran rumah satu tingkat di Kampung Hulu Sri Aman, tengah malam tadi.

Suara Sarawak