Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap sempena pelancaran Pelan Pelaksanaan dan Tindakan (AIP) bagi Strategi Pembangunan Pasca-Covid-19 2030 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini. Kredit : Japen

KUCHING: Sarawak akan mewujudkan tambahan 15,000 pekerjaan dalam sektor minyak dan gas menjelang 2030 menerusi pelaksanaan industri petrokimia aliran pertengahan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ia seperti metanol, ammonia, hidrogen dan polietilena, yang akan meningkatkan lagi ekosistem pembuatan hiliran sedia ada dan mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan.

“Mempunyai kapasiti derivatif petrokimia juga meletakkan Sarawak dalam ekosistem rantaian bekalan pembuatan global,” katanya ketika berucap melancarkan Pelan Pelaksanaan dan Tindakan (AIP) bagi Strategi Pembangunan Pasca-Covid-19 2030 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion.

Suara Sarawak