TETAP GIGH…Pemain SU FC II bersemangat ketika sesi latihan.

KUCHING: Ketua jurulatih Sarawak United FC II (SU FC II), Safri Amit berharap dapat memuktamadkan pencarian kesebelasan utama sebagai persediaan mengharungi kempen Piala Presiden 2022.

Disebalik kunjungan skuad pelapis itu ke Johor Bahru bagi kempen pramusim sekali gus akan mengharungi dua aksi persahabatan.

Menentang Johor Darul Ta’zim IV (JDT IV/Piala Belia) petang ini. Sebelum mengakhiri kunjungan ke gelanggang harimau selatan itu dengan menentang JDT II/Piala Presiden pada 13 Februari.

“Saya amat berharap dapat memuktamadkan pencarian barisan kesebelasan utama terbaik dalam dua aksi persahabatan tersebut,” ujar Safri kepada Arena Suara Sarawak.

Bekas penyerang Sarawak itu turut berharap pemainnya akan mempamer kehebatan sebenar pada perlawanan pemanas badan itu.

Kempen Piala Presiden 2022 bermula pada 25 Februari ini dan SU FC II akan menentang pendatang baharu iaitu Kuching City FC II di Stadium Negeri, Petra Jaya.

Suara Sarawak