TERUS BERLATIH…Pemain SU FC II bersemangat ketika sesi latihan. – FOTO GHAZALI BUJANG

KUCHING: Sarawak United FC II (SU FC II) akan terbang ke selatan tanah air untuk dua aksi persahabatan dengan Johor Darul Ta’zim II (JDT III) dan JDT IV.

Ketua Jurulatih SU FC II Safri Amit memberitahu, mengikut perancangan pihaknya kedua-dua aksi pemanas badan itu dijadualkan berlangsung pada 11 dan 13 Februari ini.

“Kita akan terbang ke Johor dan akan mengharungi dua perlawanan persahabatan menentang skuad JDT III (Piala Presiden) dan JDT IV (Piala Belia),” ujar Safri kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, perlawanan tersebut amat penting untuk menilai sejauh mana kemampuan sebenar pemainnya.

Dengan kata lain, itulah peluang terbaik beliau melihat keupayaan pemain selain landasan terbaik mengenal pasti kelompok pemain yang akan berada dalam kesebelasan utama.

“Mudah bagi saya untuk mengenal pasti barisan pemain utama nanti. Saya amat berharap pemain dapat memperagakan aksi terbaik masing-masing,” tambah Safri.

Suara Sarawak