Julaihi (dua kiri) bercakap pada sidang media. Turut kelihatan Datuk Liwan Lagang (kiri) dan Datuk Alice Jawan Empaling (kanan).

KUCHING: Penyampai perkhidmatan telekomunikasi diseru untuk melabur dan meluaskan perkhidmatan mereka ke pedalaman Sarawak.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi berkata, pelaburan tersebut akan mendatangkan manfaat kepada kedua-dua pihak iaitu syarikat penyampai perkhidmatan dan rakyat negeri ini.

Katanya, ketika ini perkhidmatan telekomunikasi hanya tertumpu di kawasan bandar dan luar bandar, justeru pihaknya mengesa ia turut dilaburkan di pedalaman.

“Ini kerana pada jangka masa panjang penyampai perkhidmatan telekomunikasi akan mendapat manfaat dan kebaikan juga akan rakyat Sarawak amny. Ia situasi menang-menang,” katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas sesi pengelibatan bersama agensi telekomunikasi di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, hari ini.

Mengulas mengenai sesi pengelibatan tersebut, Julaihi berkata kerjasama antara kesemua pemegang taruh adalah penting dalam memastikan ia dimanfaatkan secara menyeluruh oleh rakyat Sarawak sekali gus membantu mencapai capaian telekomunikasi menyeluruh pada 2025.

Suara Sarawak