KUCHING: Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX Kuala Lumpur 2022 memperlihatkan bahawa tiada atlet Sarawak yang berhijrah atau mewakili negeri lain.

Pemangku Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Semawi Mohamad menegaskan pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai perkara itu susulan kelulusan penganjuran SUKMA XX 2022 yang berlangsung pada tahun ini.

Katanya, pengumuman bagi atlet-atlet negeri lain belum dilakukan setakat ini.

“Namun, di negeri ini, laporan yang kita terima menyatakan bahawa atlet kita kekal bersama Sarawak,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Dedahnya, persiapan melibatkan semua atlet yang akan bertanding dalam kejohanan itu sudah memasuki fasa akhir.

“Persiapan atlet kita kini merangkumi kadar 90 peratus, dengan menampilkan seramai lebih 21 orang merupakan atlet dalam pasukan kebangsaan daripada 325 atlet,” tambah beliau lagi.

SUKMA XX 2022 Kuala Lumpur bakal berlangsung mengikut dua daripada tiga fasa yang ditetapkan Majlis Sukan Negara (MSN) pada tarikh bermula 17 hingga 26 Jun 2022 (fasa pertama), 15 hingga 24 Julai 2022 (fasa kedua), dan 19 hingga 28 Ogos 2022 (fasa ketiga).


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak