CHIENG (empat kiri/dua kiri) ketika menyampaikan sumbangan tersebut.

SIBU: Sesi persekolahan murid-murid di kawasan DUN Bukit Assek diceriakan dengan pemberian bantuan persekolahan.

Sumbangan daripada Adun Bukit Assek Chieng Jin Ek itu berupa beg sekolah, alat tulis dan sebagainya.

Beliau telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada murid-murid yang layak di pusat khidmatnya di Jalan Lanang, di sini, semalam.

“Sumbangan ini adalah sempena dengan sesi persekolahan yang akan dibuka pada Isnin ini,” jelasnya.

Chieng berkata, sumbangan itu diberikan kepada seramai 100 murid sekolah rendah dari keluarga golongan B40 di DUN Bukit Assek.

Beliau berharap dengan adanya bantuan itu, ia dapat meringankan beban ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan kemudahan sekolah anak-anak mereka.

Turut hadir, Pengerusi SUPP Cawangan Bukit Assek Dato Chieng Buong Tuong.

Suara Sarawak