SIMBOLIK… Martin Ben menyerahkan sumbangan beg sekolah kepada Pengetua SMK Tebakang Serian Patrick Philip Moss untuk diagihkan kepada pelajar sekolah yang memerlukan Foto: Mohd Azzman Rosali

SERIAN: Sebanyak 108 buah sekolah rendah merangkumi 1,000 orang pelajar di seluruh bahagian Serian mendapat manfaat dari Program Bag2School (BTS) anjuran Pertubuhan Kebajikan Dana Kita (PKDK).

Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah II Maclaine Ben @ Martin Ben berkata, ini merupakan tanggungjawab kerajaan membantu mereka yang memerlukan bagi meringankan beban yang dipikul.

“Bantuan yang diberikan jelas menunjukkan bahawa aktiviti kemanusiaan dan kebajikan seumpama ini tidak terbatas dek sempadan dan keupayaan.

“Malah, ia mencerminkan kesungguhan dan komitmen yang padu, serta semangat berpasukan untuk sama-sama berganding bahu memastikan orang awam yang tidak berkemampuan dapat diberikan bantuan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Program BTS PKDK Zon Sarawak, Tahun 2022 di Function Hall, Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak (PPKS) Bahagian Serian, di sini, hari ini.

Katanya, ia juga merupakan peluang terbaik untuk mendekati orang ramai dan memahami masalah yang dihadapi mereka.

Suara Sarawak