KUCHING: Sebanyak 11 vendor mendapat pengiktirafan atas perkhidmatan cemerlang pada Anugerah Vendor Sarawak Energy 2021 di sini, malam tadi.

Anugerah yang kali kedua dianjurkan itu bertujuan untuk meningkatkan prestasi vendornya supaya terus memberikan perkhidmatan cemerlang.

Penerima anugerah dinilai melalui prestasi cemerlang mereka dari sudut kesihatan, keselamatan dan alam sekitar, kualiti kerja, penyampaian perkhidmatan dan integriti.

Secara keseluruhan sebanyak tujuh kategori anugerah disampaikan iaitu Kerja Terbaik, Vendor Terbaik, Vendor Perkhidmatan Terbaik, Perunding Tempatan Terbaik, Perunding Antarabangsa Terbaik, Vendor Bumiputera Terbaik serta Vendor Bumiputera Berpotensi.

Majlis disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi, Pengerusi Sarawak Energy Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sarawak Energy Datuk Sharbini Suhaili.

Suara Sarawak