SARAWAK BOLEH…Datuk Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah (duduk ditengah) bersama tetamu dan wakil persatuan sukan bergambar diakhir majlis tersebut.

KUCHING: Kontinjen Sarawak akan menyertai semua 31 acara sukan yang akan dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) Kuala Lumpur 2022.

Demikian diumumkan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Semawi Mohamad ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Persatuan Sukan Sukma Majlis Sukan Negara (MSN) 2022 di sini, pagi tadi.

Menurut Semawi, pengumuman rasmi acara sukan yang dipertandingkan pada Sukma Kuala Lumpur 2022 telah diumumkan oleh pihak MSN minggu lepas.

“16 daripadanya adalah sukan wajib seperti akuatik, badminton, berbasikal, bola sepak, gimnastik/gimrama, hoki, karate, boling padang, memanah, menembak, olahraga, pelayaran, pencak silat, skuasy, tenpin boling dan wushu.

“Manakala 15 lagi sukan pilihan seperti angkat berat, muay, ragbi, sepak takraw, tinju, bola jaring, bola keranjang, golf, E-Sport, bola tampar, kriket, judo, kayak, tenis dan petanque,” katanya.

Tambahnya lagi, kejohanan itu ditetapkan bermula 29 September hingga 8 Oktober depan.

Hadir sama, dua Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu dan Dr Ripin Lamat; Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Nancy Jolhi serta wakil semua persatuan sukan terlibat dengan Sukma Kuala Lumpur 2022.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak