KUCHING: Sebanyak 24 pasukan akan berentap bagi memburu gelaran juara pada Kejohanan Futsal Terbuka Piala Parlimen P.204 Betong, Datuk Robert Lawson Chuat (Kelayakan Zon Layar, Betong).

Pengerusi Kejohanan, Saiful Hanizam Suhaini memberitahu, selain pasukan dari Betong, beberapa pasukan luar turut menyertai kejohanan yang akan berlangsung di Stadium Mini Betong pada Sabtu dan Ahad ini.

“Saingan peringkat kumpulan akan berlangsung pada hari Sabtu, manakala aksi kalah mati akan berlangsung hari Ahad termasuk perlawanan akhir,” ujar Saiful kepada Arena Suara Sarawak.

Saingan bagi Zon Layar hujung minggu ini bagi mengisi lima slot yang akan berentap di pusingan akhir yang akan berlangsung di Riveria Sports Centre, Debak pada satu tarikh yang akan diumumkan selepas ini.

Ketika ini enam pasukan terbaik dari Zon Bukit Saban sudah dikenal pasti.

Pasukan terbabit ialah Matrixx United, Ramak Pang, Nafas (Mukah), Debak United, Evolution FT dan Fighter Team.

PENGERUSI…Saiful Hanizam Suhaini (kiri) bersama Alister selepas mesyuarat semalam.

Suara Sarawak