MANTAP…Pemain pasukan Boyak Gedong FC.

KUCHING: Pasukan berstatus bintang, Boyak Gedong FC dan Sambir Bistari FC antara dua nama besar yang berjaya mara ke pusingan ketiga Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka Gedong 2022.

Kedua-dua pasukan akan turun beraksi menentang lawan masing-masing Ahad ini (20 Mac).

Boyak Gedong FC akan berdepan BB FC, sementara Sambir Bistari FC menentang Putra United FC.

Menariknya, kedua-dua pasukan ini (Boyak Gedong FC dan Sambir Bistari) yang dibarisi ramai bekas pemain yang pernah mewakili skuad pelapis Sarawak dan Kuching City FC suatu ketika dahulu.

Pengerusi Kejohanan, Mohd. Nidzam Azhar Ashaari berkata empat perlawanan pusingan ketiga berlangsung pada tarikh tersebut.

Dua lagi perlawanan lain turut menyaksikan Kejora FT menentang X Movent FC.

Manakala satu lagi aksi pusingan ketiga bakal menyaksikan pertembungan melibatkan pemenang dari dua perlawanan pusingan kedua yang dilangsung pada sebelah pagi tarikh yang sama.

Dua perlawanan pusingan kedua melibatkan pertembungan antara KSRUS FC menentang Combine FC.

Selain pertembungan antara Tradewins Sports FC dan Kasen FC.

PILIHAN JUARA…Sambir Bistari FC.

Suara Sarawak