Hantaran Datuk Dr Juanda Jaya di Facebook, hari ini.

MUKAH: Timbalan Menteri Integriti dan Ombudaman Datuk Dr Juanda Jaya kini sedang menjalani kuarantin kendiri setelah disahkan positif Covid-19 pada Selasa.

Dr Juanda yang juga Adun Jemoreng mengesahkan perkara tersebut menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

“Pada malam Isnin, saya berasa badan kurang selesa dan mengalami sedikit selesema.

“Tengah hari Selasa, saya melakukan ujian kendiri RTK Covid-19 dan mendapati dua garisan merah yang membawa erti saya positif,” katanya dalam hantaran tersebut.

Katanya, beliau sudah melaporkan keputusan itu kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui aplikasi MySejahtera dan mula melakukan kuarantin diri sehingga 14 Mac ini.

Selain itu, semua kontak rapat telah beliau maklumkan dan mereka juga mengambil ujian kendiri namun semua keputusan adalah negatif.

Suara Sarawak