KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menerima kunjungan hormat daripada Duta Romania di Malaysia, Nineta Barbulescu di Wisma Sumber Alam, di sini, semalam.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan serta kerjasama antara Kerajaan Sarawak dan Romania.

Dalam pada itu, pertemuan yang berlangsung kira-kira 40 minit itu turut membincangkan dan bertukar pandangan mengenai kerjasama dalam pelaburan di negeri ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, dan Pelaburan, Datuk Dr Malcom Mussen Lamoh; serta Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan (Pembangunan Perusahaan Industri Kecil Dan Sederhana), Datuk Mohd Naroden Majais.

Awang Tengah (tiga kanan) menyampaikan cenderamata kepada Nineta selepas kunjungan hormat delegasi Duta Romania di Malaysia, di Kuching, semalam.

Suara Sarawak