KOTA SAMARAHAN: Beberapa kawasan di sini dijangka mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula esok pada jam 10 malam sehingga Ahad, 13 Mac jam 5.30 pagi.

Menurut notis yang dikeluarkan Lembaga Air Kuching (LAK), ia berikutan kerja-kerja ujian injap dan penyambungan paip bagi lencongan yang dicadangkan di paip 800mm diameter MSCL di Jalan Datuk Mohd Musa yang akan dijalankan.

“Antara kawasan terlibat ialah Taman Samarindah, Taman Merdang Gayam, Taman Desa Ilmu, Kampung Melayu, Kampung Nakong, Kampung Bangka Semong Kota Samarahan, serta Asajaya.

“Malah, kawasan-kawasan JBALB termasuk Stesen Penggalak, Tambirat, dan kawasan sekitar akan turut mengalami tekanan air rendah, gangguan bekalan air atau air kotor pada masa tersebut,” kata LAK, hari ini.

Justeru itu, LAK menasihati para pengguna untuk menyimpan bekalan air secukupnya sepanjang tempoh gangguan itu.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, hubungi pusat talian LAK di 082-222333 atau SMS ke 019-8866650.

Suara Sarawak