SETIAUSAHA...Dr Abang Ismail.
SETIAUSAHA…Dr Abang Ismail.

KUCHING: Kejohanan Bola Baling Terbuka Sarawak 2022, Piala Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Edisi Ke-15 (Kategori Lelaki) dan Piala Datuk Abdul Rahman Junaidi Edisi Ke-11 (Kategori Wanita) kembali menemui peminatnya.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Baling Sarawak (SAHA), Dr Abang Ismail Abang Julhi menegaskan, dua acara berprestij itu akan berlangsung selama tiga hari bermula 4 Jun hingga 7 Jun nanti.

“Pihak kita ketika ini sudah menerima penyertaan pasukan membabitkan kedua-dua kategori itu,” ujar Dr Abang Ismail kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, setakat ini 24 pasukan dari kategori lelaki berbanding 16 pasukan dari kategori wanita yang sudah mengesahkan penyertaan mereka.

Dr Abang Ismail turut menegaskan, penyertaan dijangka terus bertambah sekali gus memenuhi sasaran awal ditetapkan SAHA.

Katanya, badan induk berkenaan sebelum ini mensasarkan 30 pasukan bagi kategori lelaki selain 20 pasukan untuk kategori wanita.

“Kita akan dapat mengetahui senarai muktamad yang akan bertanding penghujung April nanti,” tambah beliau lagi.

Hampir dua tahun kejohanan terbabit tidak dapat dianjur ekoran pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Kejohanan selama tiga hari itu akan berlangsung di Stadium Perpaduan, Petra Jaya.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak