KUCHING: Perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup Betong, Piala Razi 2022 akan berlangsung pada 19 Mac ini.

Pengerusi Kejohanan, Saiful Hanizam Suhini memberitahu, ia merupakan tarikh baharu yang ditetapkan berbanding tarikh asal pada 13 Mac sebagai mana diumum sebelum ini.

“Pihak kita telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Mohamad Razi Sitam yang juga Menteri Muda Pembangunan Kesejahteraan Komuniti baru-baru ini bagi menetapkan tarikh untuk perlawanan akhir,” ujar Saiful kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut beliau, perlawanan akhir tersebut akan diadakan di Padang Bola Sepak Riveria, Debak yang membabitkan dua pasukan handalan iaitu Pusa United dan Semarang Village.

Kedua-dua pasukan terbabit berjaya mara ke perlawanan akhir setelah menumpaskan lawan masing-masing diperingkat separuh akhir.

Pusa United berjaya mengatasi Loy69 Mangut (2-0), berbanding kemenangan tipis (1-0) dicatat oleh pasukan Semarang Village keatas Jang BS.

SELESAI PERTEMUAN…Mohamad Razi Sitam (kiri) dan Saiful Hanizam Suhaini (kanan).

Suara Sarawak