KUCHING: Sebanyak 1,455 kes baharu Covid-19 dicatatkan di Sarawak hari ini, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 266,411 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, sebanyak 564 kes membabitkan kategori 1, 884 kes kategori 2, tiga kes kategori 3 serta masing-masing dua kes bagi kategori 4 dan 5.

“Sebanyak 479 kes dicatatkan di Daerah Kuching, diikuti Miri (254), Sibu (213), Bintulu (117), Serian (55), Samarahan (51), Mukah (36), Sarikei (34), Limbang (18), Kanowit (16), Bau (13), Tanjung Manis (13), Matu (12), Kapit (10) dan Saratok (10),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Manakala, katanya Pusa merekodkan sebanyak tujuh kes, Daro (7), Betong (6), Pakan (6), Marudi (6), Lawas (5), Meradong (5), Lubok Antu (4), Tatau (4), Simunjan (4), Selangau (4), Subis (4), Dalat (3), Sebauh (3) dan masing-masing dua di Kabong, Asajaya, Song dan Telang Usan.

Tambahnya, masing-masing satu kes dicatatkan di Lundu, Tebedu, Bukit Mabong dan Belaga.

“Kluster yang masih aktif kekal empat dan tiada kluster baharu diisytiharkan,” tambahnya.

JPBN dalam kenyataan sama turut memberitahu terdapat satu kes kematian dilaporkan melibatkan seorang wanita dari Kapit berusia 60 tahun yang mempunyai rekod penyakit darah tinggi dan buah pinggang kronik.

Suara Sarawak