Covid-19: 1,727 kes baharu, dua kematian di Sarawak

KUCHING: Kes positif Covid-19 di Sarawak terus menunjukkan peningkatan apabila sebanyak 1,727 kes baharu dilaporkan, hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 272,142 kes.

“Daripada jumlah tersebut sebanyak 663 dalam kategori 1, manakala 1,051 kategori 2, 12 kes kategori 4 dan satu kategori 5,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, kata JPBN Daerah Kuching merekodkan kes jangkitan tertinggi dengan 584 kes, Miri (281), Sibu (193), Bintulu (115), Samarahan (100), Serian (68), Bau (54), Sarikei (47), Limbang (33), Kanowit (27), Sri Aman dan Lawas (21), Mukah dan Matu (20), Kabong dan Dalat (12) dan Betong (11).

“Manakala, Saratok, Marudi dan Daro merekodkan 10, Subis (9), Belaga (8), Asajaya (7), Kapit (6), Lundu dan Meradong (5), Pakan, Julau, Tebedu, Sebauh dan Tatau (4), Simunjan, Song, Selangau, Pusa dan Telang Usan (3), Lubok Antu (2) serta Beluru (1),” ujarnya.

Dalam hal berkaitan, JPBN memaklumkan terdapat dua kematian melibatkan individu dari Kapit dan Mukah.

“Kes dari Kapit merupakan lelaki berusia 72 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit atau ko-morbit darah tinggi, dislipidemia dan penyakit buah pinggang kronik.

“Kes dari Mukah pula melibatkan wanita berusia 60 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, kencing manis dan kanser,” ujarnya.

Suara Sarawak