Covid-19: Kes baharu catat penurunan di Sarawak

KUCHING: Jumlah kes baharu Covid-19 di Sarawak terus mencatatkan penurunan dengan 1,427 kes berbanding hari sebelumnya iaitu sebanyak 1,745 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, penambahan kes baharu menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 277,277 kes.

Menurut JPBN, sebanyak 1,425 kes tergolong dalam kategori 1 dan 2 manakala masing-masing satu kes melibatkan kategori 4 dan 5.

“Kuching merekodkan bilangan kes tertinggi iaitu sebanyak 540 kes diikuti Miri (144), Sibu (126), Bintulu (116), Serian (109), Samarahan (91), Sarikei (42), Bau (37), Sri Aman (35), Mukah (16), Betong (15), Limbang (14), Kapit (12), Marudi (11), Subis (11) dan 10 kes di Kabong.

“Manakala, sembilan kes dicatatkan di Meradong, Saratok dan Dalat, Pakan (8), Simunjan (7), Lundu (7), Kanowit (7), Julau (6), Daro (6), Tatau (4), Matu (4), Tebedu (4), Asajaya (3), Pusa (3), Lubok Antu (3), Telang Usan (3), Beluru (3), Lawas (2) dan Sebauh (1),” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, JPBN mendedahkan satu kes kematian dilaporkan melibatkan seorang wanita warga emas dari Mukah yang mempunyai sejarah penyakit jantung, darah tinggi dan dislipidemia.

Pada masa yang sama, tiada kluster baharu diisytiharkan, hari ini.

Suara Sarawak