KUCHING: Seorang wanita di Limbang berusia 35 tahun menjadi korban terbaharu Covid-19 di Sarawak, dengan tiada rekod sejarah penyakit diketahui.

Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, kes positif di Sarawak hari ini terus kekal empat angka iaitu sebanyak 1,333 kes baharu, menjadikan jumlah kumulatif 264,956 kes.

“Daripada jumlah tersebut sebanyak 552 kes dalam kategori 1, 775 kategori 2, dua kes bagi kategori 3 dan tiga kategori 5,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, Kuching masih mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 548 kes, diikuti Miri (198), Sibu (184), Bintulu (76), Sarikei (44), Serian (43), Samarahan (34), Bau (29), Limbang (26), Mukah (20), Matu (17), Lawas (14), Betong (13), Sri Aman (10) dan Dalat (10).

“Manakala, Meradong merekodkan sebanyak sembilan kes, Marudi (7), Kapit (6), Saratok (6), Pusa (5), Lundu (4), Kanowit (4), Subis (4), Lubok Antu (4), Song (3), dan masing-masing dua di Daro, Kabong, Julau, Asajaya, Pakan,” katanya.

Tambahnya, masing-masing satu kes dicatatkan di beberapa daerah termasuk Tatau, Simunjan, Sebauh, Bukit Mabong dan Tebedu.

Dalam pada itu, kluster yang masih aktif kekal empat dan tiada kluster baharu diisytiharkan.

Suara Sarawak