JUARA…Presiden BDFA, Abang Suhordie Abang Zaini (tengah) merakam gambar bersama pemain pasukan Dahlia FT.

BETONG: Pasukan Dahlia FT berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Futsal Terbuka Piala Parlimen P.204 Betong, Datuk Robert Lawson Chuat (Kelayakan Zon Layar, Betong) 2022.

Ia hasil kemenangan selesa (4-0) pada aksi final yang berlangsung di Stadium Mini Betong sebentar tadi.

Kejayaan itu membolehkan pemain Dahlia FT membawa pukang hadiah wang tunai RM800 beserta pingat.

Manakala, hadiah wang tunai RM600 dan pingat diterima pasukan Sharks FT selaku naib juara.

Sementara itu, dua pasukan Loy 69 Mangut dan Gurah B yang tewas diperingkat separuh akhir masing-masing menerima wang tunai RM300 dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Penyampaian hadiah kepada semua pasukan disempurnakan Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Abang Suhordie Abang Zaini.

Sementara itu, Jang BS berjaya menempah slot ke pusingan akhir selaku pasukan kelima terbaik.

Kejohanan anjuran Saberkas Cawangan Layar, Betong telah berjaya menghimpunkan 24 pasukan dan sehingga kini 11 pasukan sudah dikenal pasti untuk layak beraksi di pusingan akhir yang akan berlangsung di Riveria Sports Centre, Debak pada 20 Mac ini.

Ketika ini enam pasukan terbaik dari Zon Bukit Saban sudah dikenal pasti.

Pasukan terbabit ialah Matrixx United, Ramak Pang, Nafas (Mukah), Debak United, Evolution FT dan Fighter Team.

Suara Sarawak