PERIKSA…Pasukan operasi menjalankan pemeriksaan terhadap suspek.

BAU: Dua wanita ditahan kerana disyaki menjual loteri haram dalam serbuan berasingan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, suspek warga tempatan berumur antara 45 hingga 47 tahun ditahan di Lorong 6 Sepadah dan Lorong 47, Kampung Stenggang kira-kira jam 2.23 petang hingga 2.25 petang menerusi Op Dadu.

Katanya, pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau menahan suspek di hadapan rumah disyaki menjalankan aktiviti tersebut.

“Dalam serbuan, pasukan turut dirampas sejumlah wang tunai dan dua unit telefon bimbit serta kad sim,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Terbuka 1953.

PERIKSA…Pasukan operasi menjalankan pemeriksaan terhadap suspek.

Suara Sarawak