Pemeriksaan di premis hiburan dalam operasi bersepadu IPD Bintulu bersama penguatkuasa BDA.

BINTULU: Empat individu tempatan ditahan dalam Operasi Bersepadu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu bersama anggota penguat kuasa Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), semalam.

Mereka yang terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita itu ditahan di bawah Seksyen 5(1) Ordinan Hiburan (2000) kerana berhibur di premis yang tidak berlesen.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya turut merampas 18 peralatan hiburan dan sebanyak 12 premis perniagaan diperiksa sepanjang operasi tersebut.

“Operasi merupakan langkah pencegahan terhadap jangkitan Covid-19 berikutan peningkatan kes di bahagian ini. Disamping memberi peringatan kepada premis perniagaan untuk tidak membuat bising agar tidak menganggu kenteteraman orang lain,” ujarnya lagi.

Selain pemeriksaan ke atas premis perniagaan, pemantauan juga dilakukan terhadap aktiviti mat rempit.

Suara Sarawak