JUARA…Abang Suhordie Abang Zaini (tengah) menyampaikan hadiah kepada ketua lasukan Matrixx United

KUCHING: Pasukan Matrixx United menepati ramalan apabila berjaya merangkul gelaran juara pada Kejohanan Futsal Piala Parlimen P.204 Betong (Kelayakan Zon Bukit Saban, Spaoh).

Ia hasil kemenangan (1-0) dicatat kelab dari Sarikei itu keatas Ramak Pang pada perlawanan akhir yang berlangsung di Arena Jang Bs, Spaoh petang tadi.

Kejayaan itu membolehkan pemain pasukan Matrixx United membawa pulang hadiah wang tunai RM800 beserta pingat.

Berbanding hadiah wang tunai RM600 dan pingat diterima pemain pasukan Ramak Pang.

Sementara itu, dua pasukan iaitu Nafas (Mukah) dan Debak United yang tewas diperingkat separuh akhir masing-masing menerima hadiah wang tunai RM300 dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Hadiah kepada empat pasukan terbabit disempurnakan Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Abang Suhordie Abang Zaini.

Dalam pada itu, empat pasukan terbabit layak secara automatik ke pusingan akhir yang akan berlangsung di gelanggang Futsal Riveria Debak pada satu tarikh yang akan diumumkan selepas ini.

Dua lagi pasukan yang turut layak ialah Evolution FT dan Fighter Team.

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari (5 & 6 Mac) itu menghimpunkan 24 pasukan

Suara Sarawak