KUCHING: Pasukan operasi pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching mengeluarkan sebanyak 92 kompaun bernilai RM 92,000 dalam tempoh seminggu.

Ketua Polis Daerah Kuching Asistan Komisioner Ahsmon Bajah berkata, ia hasil penguatkuasaan SOP Akta 342 di kawasan Kuching yang bermula 25 Februari 2022 hingga semalam.

“Daripada jumlah tersebut seramai 52 lelaki dan 28 perempuan dikompaun dengan nilai sebanyak RM80,000.

“Manakala sebanyak 12 buah premis turut dikenakan kompaun berjumlah RM12,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kesalahan yang paling banyak dikesan adalah gagal memaparkan jumlah maksimum pelanggan masuk ke premis dalam satu-satu masa.

Tambahnya, turut dikesan individu gagal mendaftar menggunakan aplikasi My Sejahtera.

Tegasnya, kompaun yang telah dikeluarkan atas kesalahan dibawah peraturan 17(1)dan 17(2) PPPB PPPPB Langkah-langkah di dalam kawasan Tempatan Jangkitan (LLDKTJ) Pelan Pemulihan Negara 2021.

Suara Sarawak