JPBN isytihar Kluster Lorong Cahaya Maju, Kuching

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) mengisytiharkan satu kluster baharu hari ini iaitu Kluster Lorong Cahaya Maju, Kuching.

Katanya kluster itu merupakan satu kluster komuniti yang melibatkan sebuah keluarga yang tinggal di Lorong Cahaya Maju, Petra Jaya.

“Kluster ini juga telah merebak di tempat kerja sehingga ke generasi jangkitan kedua.

“Indeks kes kepada kluster ini merupakan seorang lelaki tempatan yang dikesan melalui saringan individu bergejala
di sebuah fasiliti perubatan swasta pada 25 Februari 2022.

“Jangkitan dipercayai berpunca daripada pergaulan rapat dalam kalangan ahli keluarga kes dan kontak rakan sekerja kes-kes positif yang terlibat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

JPBN menambah daripada 39 individu yang disaring, 18 orang didapati positif dan kesemua mereka ditempatkan di Hospital Umum Sarawak dan PKRC serta CAC di Kuching untuk rawatan dan pengasingan.

Sementara, sebanyak 1,206 kes positif Covid-19 direkodkan di Sarawak hari ini dan daripada jumlah tersebut, 424 kes dalam kategori 1, 778 kes dalam kategori 2 dan 4 kes lain melibatkan kategori 3 dan 5.

“Daerah Kuching mencatatkan kes tertinggi sebanyak 450 kes, diikuti Sibu (188), Miri (166), Bintulu (75), Limbang (33), Serian (32), Samarahan (28), Lawas (22), Sarikei, Sarikei dan Bau (21), Sri Aman (18) dan Subis (17).

“Manakala Belaga (15), Kapit (14), Mukah (13), Kanowit (10), Betong (9), Saratok dan Matu (8), Dalat dan Selangau (7), Kabong dan Marudi (6).

“Sementara lima kes di Julau, Tanjung Manis (4), Pusa, Meradong dan Tatau (3), Asajaya, Lubok Antu, Song, Pakan, Sebauh dan Telang Usan masing-masing dua dan satu kes masing-masing di Simunjan dan Lundu,” katanya.

Manakala, JPBN berkata satu kematian direkodkan pada 23 Februari lepas melibatkan seorang lelaki berusia 35 tahun dari Sibu, yang mempunyai penyakit paru-paru obstruktif kronik.

Suara Sarawak