BETONG: Pasukan Kasma KTT menepati ramalan muncul juara Kejohanan Futsal Terbuka Piala Ahli Parlimen P.204 Betong, Datuk Robert Lawson Chuat 2022 (Kelayakan Zon Saribas).

Kelab dari Kuching itu berjaya menumpaskan Lestary FT ( 5-0) pada aksi final yang berlangsung di gelanggang futsal Riveria Sports Centre, Debak sebentar tadi.

Kejayaan itu menyaksikan barisan pemain Kasma KTT menerima wang tunai RM800 dan pingat, manakala wang tunai RM600 dan pingat diterima pasukan Lestary FT selaku naib juara.

Dalam pada itu, pasukan Loy69 2 Manggut dan Naila FT masing-masing menerima wang tunai RM300 dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Sementara itu, pasukan KSRB U21 turut berjaya menempah slot lima pasukan terbaik dari Zon Saribas berentap pada pusingan akhir yang dijadual berlangsung pada 26 dan 27 Mac ini bertempat di Arena Jang BS, Spaoh.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Abang Suhordie Abang Zaini.

JUARA….Pemain pasukan Kasma KTT merakam gambar bersama Presiden BDFA, Abang Suhordie Abang Zaini (tengah) dan tetamu lain.
NAIB JUARA…Pasukan Lestary FT. 

Suara Sarawak