KOTA SAMARAHAN: Pasukan Kebakos A merangkul gelaran juara Kejohanan Badminton Berpasukan anjuran Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pasar Cina Muara Tuang.

Kemenangan itu membolehkan Kebakos A membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,200 beserta piala dan pingat.

Naib johan pula disandang oleh pasukan JKKK Kampung Sindang Baru manakala tempat ketiga bersama diduduki oleh pasukan JKKK Kampung Pinang dan Kebakos B.

Pertandingan selama tiga hari bermula 25 Mac lalu itu berlangsung di dewan Badminton Kampung Sindang Baru, Samarahan dengan disertai sebanyak lapan pasukan.

JUARA… Rubiah (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada pemain Kebakos sempena majlis penutupan kejohanan semalam.

Suara Sarawak