Kejohanan Futsal #SalaSabtu Terbuka 2022 berlangsung esok

KUCHING: 10 pasukan bakal berentap memburu gelaran juara pada Kejohanan Futsal #SalaSabtu Terbuka 2022 di gelanggang futsal Buceeros Sports &; Fitness Hub, Senadin, esok.

Jurucakap kejohanan Awang Zaifulizan Abdul Rahman Awang Mohd berkata, himpunan 10 pasukan itu antara yang telah mendaftar awal.

“Ia merupakan kejohanan setiap hujung minggu yang terhad kepada sepuluh pasukan sahaja,” ujarnya kepada Arena Suara Sarawak.

Sambil menambah, kejohanan itu merupakan anjuran Buceeros Sports &; Fitness Hub untuk bulan Mac.

“Dengan kata lain, terdapatnya kejohanan lain setiap hari Sabtu sepanjang bulan ini yang uga dilaksanakan dengan jumlah pasukan yang sama,” tambah Awang Zaifulizan.

Suara Sarawak