UNTUK REBUTAN…Hilmy Othman (kanan) menyerah piala pusingan kepada Pengarah Kejohanan, Jalil Abdul Rahman (kiri). – FOTO FAIZAL BUJANG

KUCHING: Kejohanan Golf P.194 Petra Jaya bagi merebut Piala Pusingan Datuk Seri Fadillah Yusof Edisi Ke-12 2022 akan berlangsung Sabtu ini di Kelab Golf Sarawak (KGS), Petra Jaya.

Acara berprestij yang mula diperkenal sejak tahun 2008 seperti mana biasa menghimpunkan 120 pemain mewakili tiga pasukan terdiri dari tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen P.194 Petra Jaya iaitu DUN Tupong, Samariang dan Satok.

Pengerusi Kejohanan, Hilmy Othman berkata beberapa kategori dipertandingkan untuk kejohanan yang berlangsung sehari itu.

Antaranya, kategori berpasukan, individu, tetamu jemputan dan wanita jemputan.

“Kita menjangkakan saingan hujung minggu ini sengit kerana pemain dari pasukan bertanding sudah tentu siap sedia untuk bertarung,” katanya pada sidang media di KGS, hari ini.

Menurutnya, DUN Satok merupakan juara bertahan pada tahun 2019.

Hilmy pada masa sama menyatakan, kejohanan yang merupakan acara tahunan itu tidak dapat dilangsungkan pada dua tahun lepas (2022 dan 2021) berikutan pandemik Covid-19.

Apa pun katanya, wakil rakyat dari tiga kawasan DUN termasuk Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Kanan Kerja Raya akan turut serta dalam kejohanan itu kelak.

Suara Sarawak