KOTA SAMARAHAN: Satu nanti.

Kejohanan berprestij itu akan dianjur oleh Kementerian Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak

Presiden Persatuan Sukan Elektronik Sarawak (SESA), Afiq Fadhli Narawi menjelaskan, pihaknya akan berusaha membawa pasukan terbaik dari Semenanjung untuk turut serta dalam kejohanan itu kelak.

Afiq percaya adanya pembabitan pemain berpengalaman yang mewakili pasukan sedia ada bukan sahaja berupaya memeriahkan lagi pentas saingan.

Bahkan katanya, peluang bagi pemain tempatan menimba pengalaman selain landasan untuk mereka meningkatkan mutu permainan masing-masing.

“Kita percaya bermula dari kejohanan itu akan dapat menyaksikan kebanjiran ramai atlet sukan elektronik profesional dari Sarawak,” ujar Afiq ketika berucap pada pada Majlis Perasmian Pertandingan Sukan Elektronik PUBG MOBILE D-Arena Event Space @ D – Virtual Park, Kota Samarahan pagi tadi.

Majlis perasmian pertandingan tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Anuar Adenan.

Terdahulu Afiq memuji usaha murni pihak DITECH Resources kerana berjaya mengelola pertandingan tersebut.

Pertandingan tersebut yang mendapat penyertaan amat menggalakkan menyediakan hadiah wang tunai beserta piala dan pingat kepada pemenang.

TANDATANGAN…Azizul Anuar Adenan (tengah) menandatangani baju kemeja khas selepas pada majlis tersebut.

Suara Sarawak